07/06/2012

Yang Terbaik ?


Salam ,

Kebanyakan orang  mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu beladiri untuk dipelajari.. Namun, timbul pula beberapa persoalan berkenaan disiplin beladiri yang mana satu untuk dipilih. Silat ? Tae kwan do ? muay thai? karate ? ju jit su ?

Ya, hal ini memang menarik untuk dibincangkan.

Terlebih dahulu kita perlu maklum yang kini wujudnya berpuluh-puluh disiplin beladiri dengan beratus gelanggang dan pusat latihan. Di Malaysia, silat sendiri mempunyai hampir 500 perguruan yang berdaftar dengan PESAKA. Itu belum lagi dikira seni beladiri dari luar seperti Taekwon-do, Karate-do, Silambam, Kalari Payat, Muay Thai, Wushu, Taichi, Ninja, Kungfu, Tang Sang Do dll.

Setiap disiplin beladiri ini tentulah berbeza sistem pelajaran dan pendekatannya. Maka, kita perlu memilih dan membuat penilaian yang tepat berdasarkan beberapa tips seperti berikut;

Apa tujuan utama anda untuk mempelajari seni beladiri ?

Bagaimana dengan Jadual Harian anda? Anda perlu menyesuaikan jadual harian anda dengan masa latihan kelas beladiri tersebut.

 Adakah anda mampu dari segi Kewangan untuk Yuran yang ditawarkan? Pastinya anda akan dikenakan yuran tahuan, yuran pendaftaran, yuran bulan kelas tersebut.

 Apakah bentuk Sistem Pelajaran yang diterapkan dan adakah sesuai dengan anda? Inilah yang paling sukar, ada kena ikut sisten tersebut kerana ia tidak akan berubah.

 Siapa yang melatih anda?

Bagaimana pula dengan Tempoh Pengajaran atau Modul yang ditawarkan? Pasti ia mengambil masa yang lama. Anda perlu mengikuti pelajaran sekurang kurangnya 3 tahun untuk mendapatkan tali pinggang hitam.

Adakah kelas beladiri tersebut mempunyai pelbagai peringkat umur daripada kanak-kanak sehingga dewasa dan bercampur-campur ketika proses pembelajaran?

Kesimpulannya, pilihlah yang sesuai dengan keinginan dan kemampuan anda.  Namun jika sekiranya anda inginkan panduan yang lebih mudah, praktikal, berkesan dan yang paling penting menjimatkan tanpa perlu keluarkan yuran bulanan untuk ikuti kelas latihan dapatkannya melalui link berikut:-




Jumpa lagi !
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

7 comments

visit here,.. tutorial yang bagus,.. tentang ilmu beladiri..

terima kasih. perkongsian ilmu yang sedikit.

Assalamualaikum, tumpang tnya..seni bela diri dari mna yg saudara kongsikan ni..hanya ingin kepastian ,thanks. menarik utk dikongsikan..

iniadalah promo untuk ebook...........
saya suka bercerita perkara asas seni beladiri

Selama bela diri ini di pelajari untuk seni saja, tidak apa apa, asal di pelajari tidak untuk menyakiti orang lain,, Terima kasih buat info nya ganz,,


Cara Mudah Temukan Rumah Dijual / Disewa Disini
Sewa Apartement
Perumahan Baru

Nak komen ? Silakan. Terima kasih kerana sudi memberi pendapat.