01/06/2012

Asas Beladiri

Salam sejahtera !

Untuk post kali ini, saya ingin jelaskan asas seni beladiri yang paling simple.

Untuk melakukan latihan ini anda perlu ada pasangan yang saiznya lebih kurang sama dengan anda.
Tempat latihan yang sesuai.
Kemudian anda perlu melakukan senaman regangan. Ini untuk mengelakkan kecederaan.

Mula-mula saya akan terangkan posisi dan sikap pasang. Posisi pertama ada kedudukan sedia.

i. Kedudukan sedia
Anda perlu berdiri tegak menghadap pasangan anda. Berdiri tegak seperti menyanyikan lagu Negaraku, luruskan tangan di sisi dan buka kaki seluas bahu (natural stance).






ii. Kedudukan pasang menyerang
Dari posisi sedia tarik kaki kanan ke belakang. kedudukan tangan anda (guidance block) boleh lihat gambar.



iii. Posisi menyerang
Langkah kaki kanan ke depan dan lepaskan tumbukan lurus tangan kanan ke depan. Separas bahu.



iv. Kedudukan pasang menanti
Dari posisi sedia (berdiri tegak menghadap pasangan anda) anda hanya perlu mengangkat kedudukan tangan seperti gambar di bawah dan buka kaki seluas bahu.



v. Keduduan elak luar
Apabila diserang, anda hanya perlu melangkah dengan kaki kiri ke sisi depan pada kedudukan 45 darjah dan miringkan badang(elak luar).


Sila tonton video untuk melihat aplikasi kedudukan pasang secarang berpasangan.




Terima kasih kepada Zaqim Asyraf dan Mohd Shahril kerana sudi melakukan demo.

Anda berpuashati. Jumpa lagi di episod akan datang.
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

2 comments

salam...apa jenis silat ni???silat gayung or teralak asli or sendeng???

Hanya seni beladiri asas, tidak mewakili mana-mana perguruan. Cuma sikap pasangnya seperti silat, lebih praktikal.

Nak komen ? Silakan. Terima kasih kerana sudi memberi pendapat.