30/06/2012

Kecederaan Tulang Belakang.

Ops.........!
Sudah lama saya tidak update blog ini. Alasannya sibuk lah. Ha ha ha...! Sebenarnya bukan senang untuk menghasilkan post seni beladiri. Saya kena panggil dan jumpa pelakonnya. Kena ajar tekniknya sampai pelakonnya mahir. Kemudian baru lah saya buat video and shoot untuk still photo.  Semasa shoot saya perlu memilih sudut yang sesuai supaya anda jelas melihatnya dan memahami teknik yang diberi.

Bagi memudahkan kerja, saya hanya menggunakan 2 gambar lama. Aksi ketika sikap pasang dan ketika menyerang. Gambar di bawah menunjukkan sikap pasang ketika menanti serangan. Dalam keadaan sebenar,  anda tidak sempat untuk bersedia seperti ini. Cukuplah sekarang berdiri tegak dan bersedia. Oleh itu anda perlu berhati-hati sepanjang masa. jauhi kawasan yang berisiko dan elakkan daripada mempromosi diri anda berlebihan.. Jika anda seorang wanita , elakkan berpakaian seksi atau berpakaian ketat. Jangan memakai barangan kemas keterlaluan. Ini akan menarik perhatian penjenayah.
.

Apabila diserang, anda perlu mengelakkan serangan tersebut. Jangan menangkis serangan kecuali anda seorang yang sudah terlalu mahir dalam beladiri. Jika serangan datang dari hadapan, anda boleh elak ke sisi kiri atau sisi kanan musuh (side step). Elak ke kiri dikenali juga sebagai elak luar manakala elak ke kanan dikenali sebagai elak dalam.

Jika serangan datang dari sisi, anda perlu melangkah ke hadapan merapati tubuh lawan. Kaedah ini dapat mematikan serangan lawan. Untuk post kali ini , saya paparkan cara untuk mencederakan pinggang lawan. Setelah diserang, anda hanya perlu melakukan elak luar (gerak ke kiri) kemudian melakukan serangan balas.


Sasaran tendangan adalah ke bahagian pinggang. Impak tendangan ini akan menyebabkan penyerang jatuh terlentang dan jatuh tersembam. Musuh akan mengalami kecederaan tulang belakang atau kecederaan saraf tunjang. Kemungkinan besar juga, musuh anda akan lumpuh. Tendangan yang digunakan adalah tendangan sisi.
.

Oleh itu anda perlu berhati-hati ketika berlatih teknik ini. Anda perlu berlatih kaedah tendangan sisi yang betul terlebih dahulu. Kemudian berlatih secara berpasangan dengan jarak yang sesuai. Saya berharap anda memanfaatkan kaedah ini ke jalan yang baik.

"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan."

PERHATIAN : Pihak kamu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan/kematian yang berlaku. Anda buat , anda tanggung.
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

2 comments

Sikap pasang dengan kuda-kuda yang baik, konsentrasi yang fokus membuat kita tidak mudah diserang, komentar juga dong di blog saya myfamilylifestyle.blogspot.com

Nak komen ? Silakan. Terima kasih kerana sudi memberi pendapat.