21/03/2012

Sepak atau Sepak

Hai !

Cuba sebut perkataan "SEPAK" dalam dua bunyi yang berbeza. Ejaan sama bunyi berbeza dan maksudnya juga tidak sama. Maksud yang pertama ialah tendangan , perbuatan menggunakan kaki. Maksud kedua adalah tampar, perbuatan menggunakan tangan. Kedua dua perbuatan ini boleh digunakan dalam kaedah beladiri.

Kali ini saya bercerita kaedah tendangan. Ada banyak jenis tendangan. Front kick, side kick, front snap kick, back kick, hooking kick. cresent kick dan pelbagai lagi. Saya suka menyebutnya dalam bahasa Inggeris, mudah faham. Tendangan adalah aktiviti yang agak sukar untuk dibuat. Secara umumnya, teknik tendangan yang mudah untuk anda buat adalah tendangan depan (front kick) dan sepak layang (turning kick). Hanya angkat kaki dan hayun. Namun begitu kegagalan anda mengawal keseimbangan badan (balancing) akan menyebabkan anda jatuh.

Untuk menghasilkan tendangan yang padu dan tepat memerlukan masa latihan yang panjang. Sebelum menendang, anda dikehendaki menentukkan sasaran. Gunakan kekuda (stance) yang betul. Kebanyakkan tendangan menggunakan L-stance. Kemudian angkat dan hayun kaki mengikut jenis tendangan. Semasa menendang koordinasi pergerakan pinggang, pergerakan badan, pergerakan tangan perlu diselaraskan untuk keseimbangan badan. Ini bagi menghasilkan tendnagan yang padu dan untuk mengelakkan anda daripada off-balance atau jatuh tergolek. Adalah amat malang jika, selepas menendang lawan anda jatuh tergolek. Boleh anda bayangkan bagaimana rupanya anda jatuh tergolek. Ha ha ha .....! Lihat gambar di bawah .



Ini adalah tendangan hadapan (front kick). Sasarannya agak tinggi. Kegagalan mengawal keseimbangan badan ketika melakukan tendangan ini akan menyebabkan anda jatuh terlentang.


Ini adalah tendangan sisi (sidekick) yang memerlukan anda memusingkan tulang pinggul dan pergerakan kaki yang menjadi tunjang kekuda bergerak lancar. Kegagalan mengawal tendangan ini membuka ruang kepada lawan untuk menyerang balas dari belakang.


Inilah sepak layang (turning kick). Sasarannya tinggi. Amat digemari oleh pengamal Tae Kwon do. Apa akan terjadi jika si penendang gagal mengawal keseimbangan badannya ?



Inilah gaya tendang belakang (back kick). Memang jatuh tergolek kalau off balance.

Ada banyak jenis tendangan dalam seni beladiri. Apa yang saya paparkan hanya tendangan asas sahaja. Anda perlu banyak berlatih jika mahukan tendangan yang padu dan jitu. Kuasai teknik melepaskan tendangan dahulu, kemudian barulah tambah speed , diikuti kaedah pernafasan yang betul. Jangan lupa belajar kaedah mengambil jarak dan kawalan tendangan.

Jumpa lagi.
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

2 comments

Nak komen ? Silakan. Terima kasih kerana sudi memberi pendapat.