17/06/2012

Awas Perut Boroi.

Okay, pada minggu ini saya paparkan satu teknik serang balas menggunakan sepak layang. Sasarannya ke perut lawan. Awas jika perut boroi. Tendangan akan lebih cepat menemui sasaran. :) Sebelum memulakan teknik ini, saya nasihatkan anda supaya melakukan proses memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu.

Ini bertujuan menyediakan diri anda untuk melakukan teknik berikut. Ia juga mampu mengurangkang risiko kecederaan otot atau ketegangan otot.

Mulakan dengan berdiri tegak menghadap pasangan. Beri isyarat sedia. Untuk peringkat permulaan, ambil jarak dua langkah diantara anda berdua. Ingat, tendangan mempunyai jarak jangkauan yang panjang.



Beri isyarat "pasang". Kedua-dua orang perlu bergerak serentak. Tentukan terlebih dahulu siapa yang akan menyerang. Perhatikan kekuda L yang digunakan si penyerang. Bengkokkan kedua-dua kaki dan letakkan berat badan anda ditengah.  Lihat photo di bawah.



Individu yang bakal menerima serangan, perlu memberi isyarat menyerang kepada lawan. Apabila lawan menyerang terus lakukan "elak luar" sambil menghayun kaki melepaskan tendangan layang ke abdomen.




Beginilah keadaan apabila sepak layang dilepaskan. Serangan dibuat ke abdomen kerana bahagian ini lembut, tidak dilindungi oleh tulang dan terdapat banyak organ lain yang tersusun di situ. Risiko kecederaan organ dalaman amat tinggi. Oleh itu lakukan dengan berhati-hati.


Ulangi latihan ini berkali-kali bagi mendapatkan jarak yang betul diantara lawan. Dapatkan pemasaan (timing) yang betul dan penghantaran tenaga yang maksima kesasaran.

Untuk mengurangkan impak tendangan lawan menggunakan tangan kiri untuk menangkis tendangan.

Untuk gambaran yang lebih jelas, tonton video dibawah.



Sehingga jumpa lagi. Anda mahu ebook lengkap kaedah ini ?






Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

13 comments

La no orang sibuk belajar seni mempertahankan kuasa Pak Long.

nak pertahan kuasa kena ada seni beladiri juga untuk kalis fitnah.

NIce post,,,,, bisa nambah wawasan ane.....

hei paklong salam kenal :D
nice blog

untuk ladies,,sama gak ke teknik nye...hee

kalo pakai kain , attack pelipat . kalau mampu angkat kaki tinggi attack "telor"nya....... ha ha ha ;)

nice... itu teknik selanjutnya tinggal bantingan saja dah beres.. hehe :)

wah bisa belajar neh gan....

wah nak sepak tinggi camtu macam susah jer, koyak seluar karang

sepak aje kat mana pon , yang penting berkesan untuk melemahkan lawan

Nak komen ? Silakan. Terima kasih kerana sudi memberi pendapat.