01/01/2012

Rahsia Seni Beladiri

Benarkah ada rahsia dalam seni beladiri ? Bagi yang tidak tahu dan tidak pernah belajar beladiri, perkataan RAHSIA inilah yang menarik perhatian. Rasa ingin tahu rahsia itu, membuak-buak. Apa rahsianya ? Macam mana untuk dapatkan rahsia itu ? Hebat ke rahsia itu ?


Bagi yang sedang belajar  seni beladiri mungkin juga tidak menyedari kewujudan rahsia tersebut. Kenapa ? Kerana rahsia itu tersembunyi dan abstrak. Majoriti pelajar seni beladiri sekarang kurang sabar. Mereka belajar untuk dapatkan tali pinggang, kejar grading atau penamat . Jom kita selongkar rahsia tersebut.

Semua manusia yang dilahirkan sempurna anggota mempunyai struktur badan yang sama tanpa mengira saiz. Namun wujud pelbagai karekter manusia. Ada yang kelihatan lembik dan lemah, dan ada juga kelihatan gagah dan bersemangat. Kenapa ?

Kita tinggalkan persoalan di atas , kita fokus pada seni beladiri. Semua manusia bergerak dan menggunakan anggota tubuh badan mereka dalam hidupan seharian namun mereka tidak menggunakan sepenuhnya anggota tubuh mereka. Bagi ahli beladiri , mereka dilatih menggunakan sepenuhnya potensi seluruh anggota tubuh badan mereka. Setiap anggota tubuh badan mereka dilatih berterusan sebagai senjata untuk menyerang dan bertahan secara berkesan. Mereka bukan sahaja dilatih untuk menguasai teknik tempur, malahan mereka perlu menguasai kepantasan gerak, kepantasan tindakbalas, memberi fokus, kawalan pernafasan dan yang paling penting adalah ketenangan minda. Gabungan kesemua faktor ini menghasilkan "a great physical power". Ia hanya boleh diperolehi melalui latihan bersepadu yang berterusan.


Saya dapat menggariskan beberapa prinsip asas dalam beladiri. Prinsip yang pertama adalah keseimbangan badan. Kedudukan badan yang seimbang mampu menghasilkan serangan yang lancar dan berkesan. Oleh itu tumpukan perhatian kepada mengawal keseimbangan badan semasa berlatih teknik teknik seni beladiri. Sebagai contoh, ketika melakukan tendangan hanya sebelah kaki sahaja yang akan berada diatas tanah. Oleh itu anda perlu mempunyai kawalan keseimbangan badan yang baik bagi mengawal kestabilan kaki yang berada di atas tanah itu. jika hilang kawalan pasti anda tumbang. Bagi memperbaiki kawalan keseimbangan badan ahli seni beladiri perlu berlatih mengawal 'shifting of the body weight' , kelenturan badan dan 'body spring' mereka.


Apabila keseimbangan telah dikuasai maka kesepaduan tenaga hasil gerakan setiap anggota dapat menghasilkan pukulan yang berkesan.  Ketika melakukan serangan semua anggota badan akan bergerak dan mengeluarkan tenaga. Sekiranya kesemua gerakan dan tenaga itu dapat dihasil dan disalurkan serentak ke arah sasaran, maka suatu impak tenaga yang besar mampu dihasilkan. Sasaran pasti akan tumbang. Inilah prinsip kedua iaitu keselarasan gerakan dan kesepaduan tenaga.

Kawalan pernafasan menjadi elemen penting dalam menghasilkan gerakan berkesan. Hembusan nafas yang kuat melalui mulut dan  menahan nafas seketika ketika pukulan sampai ke sasaran akan menambah power dan speed.   Latihan ini perlu dilakukan berkali kali.  .Abdomen anda akan menjadi keras.

Jangan menarik nafas ketika membuat pukulan kerana ketika menarik nafas otot anda mengendur dan relax.

Prinsip seterusnya adalah ketenangan minda. Kekuatan anda tidak bermakna tanpa ketenangan minda. Ketenangan minda perlu supaya anda dapat mengamati gerak lawan seterusnya melancarkan serangan balas.
Untuk mendapatkan ketenangan minda anda perlu berlatih menguasai semua teknik beladiri dan lakukan sparring bagi membina keyakinan diri. Ini akan mengambil masa yang lama.

Satu perkara yang perlu anda ingat, "jangan memikirkan lawan anda lebih hebat daripada anda". Rasa takut terhadap lawan akan menyebabkan anda tewas.

Rasanya sudah terlalu panjang saya menulis. Kita jumpa lagi.





Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

Nak komen ? Silakan. Terima kasih kerana sudi memberi pendapat.